Sabtu, 31 Oktober 2009

KURSUS KEM REMAJA HADHARI 2009












Salam sejahtera buat semua warga SK Don Bosco dan para ibu bapa. Baru-baru ini pihak sekolah dengan kerjasama SK Kundasang, PLI Kundasang dan Al Falah Management telah menganjurkan satu kem motivasi kepada murid tahun 5 bagi SK Don Bosco dan SK Kundasang.

Seramai 26 murid tahun 5 dari sekolah ini telah menyertainya. Jumlah keseluruhan peserta ialah 82 orang. Kem ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Bermula 27 Oktober hingga 29 Oktober. Bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang, JAKIM Cawangan Sabah.

Objektif kem ini diadakan ialah untuk memberi semangat, menambah kekuatan jiwa, melahirkan murid yang berjiwa kental, hormat kepada ibu bapa dan guru, tahu tanggungjawab sebagai anak dan murid. Semua ini adalah untuk persediaan diri dan jiwa anak-anak untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2010 dan yang penting sekali untuk menghadapi hari muka agar kenal diri dan akan menjadi insan yang berguna kepada agama,keluarga, bangsa dan negara.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa kem ini ialah:
1. Solat lima waktu berjamaah. (Bagi murid muslim)
2. Pendidikan Moral 5 kali sehari (Bagi yang bukan muslim)
3. Mendidik jiwa (a) Sayang ibu bapa. (b) Sayang guru (c) Kenal diri sendiri.
4. Qiamullail/ bangun malam bagi murid muslim.
5. Teknik mengingat mudah (Sesuai untuk pelajaran sains, sejarah, geografi)
6. Tazkirah kepada ibu bapa dalam program SENTUHAN KASIH. Guru dan ibu bapa berganding bahu mendidik anak.

Semoga program ini dapat diteruskan untuk tahun depan. Yang baik itu dari ALLAH dan yang lemah itu adalah kelemahan manusia.

Perasmian Penangguhan Kem ini telah disempurnakan oleh En. Noonja Keh. Penyelia pejabat pelajaran daerah Ranau.
Ust. Razi.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Perkhemahan Unit Beruniform





Khamis, 15 Oktober 2009

Staff SK Don Bosco

Selamat sejahtera, kepada semua staf lawatilah blog ini selalu. Sila jadi teman kepada blog ini. Ust. Razi

SK DON BOSCO

Sekolah yang mempunyai pemandangan yang indah. Berlatar belakangkan gunung Kinabalu.