Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kepada semua murid tahun 6, 2009. Pihak sekolah mendoakan anda semua berjaya dalam meniti kehidupan seterusnya sebagai seorang insan yang bergelar pelajar. Di sekolah menengah nanti teruskan usaha anda untuk berjaya.
Kepada yang berjaya dalam UPSR tempohari, jangan sombong dengan kejayaan tersebut, kerana kejayaan UPSR itu bukan tiket yang pasti untuk anda terus berjaya. Bagi yang gagal pula, jangan merendah diri kerana ia bukan penghabisan bagi segala-galanya. Kejayaan yang hakiki adalah bagi mereka yang sentiasa berusaha dengan cara yang betul, konsisten atau istiqamah tanpa kenal rasa jemu dan malas, beriktikat menjadi anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa, hormat dan kenang jasa guru.
Wahai murid-murid yang dikasihi. Apa gunanya menjadi murid yang sentiasa mengejar kejayaan dalam pelajaran tapi sombong dan tidak tahu berakhlak mulia dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat. Begitu juga tak guna kita menjadi insan yang berakhlak mulia dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat namun tak ada ilmu untuk membantu ibu bapa, menjadi lebih berilmu dari guru yang pernah mengajar dulu, tak ada ilmu yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan dan tak ada ilmu untuk membantu dan bergaul dengan masyarakat.Skop atau ruang lingkup ilmu ini luas,jadi pandai-pandailah anda semua menimbanya.
Akhir kata para guru di sekolah ini berharap anda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah apa pun suatu hari nanti namun, kami para guru dan ibu bapa tidak mahu mendengar dan melihat anda menjadi sampah masyarakat, penipu, perasuah, perosak negara dan sebagainya.
Sekian.
Catatan: Ust. Razi (20 Dis 2009)
Warga SK Don Bosco,guru-guru,KTBM, ibu bapa dan murid-murid sekalian, "Tidak ada formula yang sempurna. Tetapi yang tidak baik dan tidak produktif ialah agenda sempurna yang tidak dilaksanakan." (Terjemahan petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk "Malaysia:Melangkah ke hadapan).
Ahad, 20 Disember 2009
Selasa, 10 November 2009
Isnin, 9 November 2009
Khamis, 5 November 2009
Pembentangan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
Rabu, 4 November 2009
Perbincangan Staff barkaitan hari KBSR 2009
Langgan:
Catatan (Atom)